CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 21, 2009

PRePP..yang memberi ilmu ke alam kerja

petang 10 April lalu, Pusat Bahasa dan Linguistik mengadakan seminar khas untuk pelajar tahun akhir..mengenai persediaan untuk bekerja. pagi pergi DBP, petang ada seminar ni pula..penat gak la..tapi aku teruja gan benda2 macam ni..so tak penat langsung..sampai kawan aku cakap 'ko ni nak mencapap(menonjol dalam BM yang betul) je'..aku senyum jela...betul la tu kot hehe
kena bayar untuk seminar ni rm 30 je..murah betul kalau kat luar tu untuk seminar macam ni mahu beratus bayarannye...

masa daftar PRePP ni dapat segala macam barang kat bawah ni..yang best dapat t-shirt..yeay




ni tetamu vipnyer..Prof. Zaharani gan Dato' Lela CEO untuk Kelab Penyayang..fuh hebat tu..kalau nak tahu Dato' Lela ni pelajar linguistik juga..huhu lagi la aku bangga(kembang kempis hidung hehe)



ni la Dato' Lela..cuba tengok beliau..berdasarkan gambar aku yang ambil ni(maaf mutu gambar tidak mempengaruhi tekaan umur)..agak2 berapa umur dia?
masa dia bagitahu umur dia aku dan semua yang ada dalam dewan tu semua terkesima membisu seribu bahasa untuk seketika..umur sia dah 70 tahunnnnnn(dengan nada teruja)..
wah sangat tak sangka..beliau nampak macam umur 50-an saja...satu tepukan gemuruh untuk Dato' Lela..kalau tengok orang mcam beliau ni kita boleh buat interpretasi kehidupan beliau dan penjagaan diri beliau..tahniah Dato'



apa lagi peluang untuk bergambar dengan seorang yang sangat bagus..jangan lepaskan peluang...boleh tunjuk kat anak - anak cucu nanti..hehehe




hari ketiga PRePP adalah 'mock interview'..sori gambar hari kedua tak ada dalam simpanan..nanti akan dimasukkan ..tungguuuuu huhu
jadi untuk menjadikan 'mock interview' itu berjaya kenala menjiwainya..sebab tu aku pakai gaya ala-ala korporat gitu..hehe..ayu pun cantik (alamak kembang la ayu kalau baca ni)

tak sangka dapat pula..jadi contoh untuk busana terbaik untuk pergi interview..pensyarah aku cakap kita kena melabur sedikit untuk membeli pakaian yang sesuai dan terbaik untuk pergi interview nanti..baru orang akan pandang..sebab pandangan pertama itu amat penting..menurtu Dr. Supian..terima kasih Dr. ceramah yang sangat bagus...


ini pula..sesi bersama senior yang telah mengikuti PRePP dan telah berjaya dan sedang bekerja dalam pelbagai bidang. mereka nak cerita pengalaman mereka menghadapi temuduga masing - masing.
ni la senior aku dalam bidang linguistik yang telah berjaya..beliau sekrang merupakan seorang pensyarah di UITM Melaka..kenalkan Kak Huda..pernah aku dalam subjek analisis wacana.

macam biasa la..kalau tak de..muka - muka ni..kamera aku macam tak betul jer...hehe


sembang - sembang petang dengan Kak Huda..nak cari tips untuk cari kerja nanti..bersungguh ayu bercerita..ye ke Ayu? ko jangan wat auta plak kat Kak Huda..jangan marah..



ni lah dewan kuliah tempat ceramah disampaikan..oh cantik sungguh dewan ni selepas pengubahsuaian...
terima kasih kepada pengerusi pusat dan semua pensyarah di PBBL yang menganjurkan ceramah ni..sangat memberi ilmu dan pengalaman untuk menghadapi cabaran bekerja di luar nanti...semoga Allah dapat membalas jasa baik kalian...(bukan mengampu ye..ikhlas dari hati)






0 comments: