CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 21, 2009

aku, linguistik dan DBP

salam..lama tak update blog..maka banyaklah cerita dan gambar nak letak hehe..semua cerita yang dah lepas seminggu lalu baru aku nak letak sekarang ni..tak kisah la asalkan ada cerita..betul tak?


pada 10 April lalu..aku gan kawan - kawan...pg DBP untuk mengikuti ceramah anjuran Persatuan Linguistik Malaysia. best betul la pg sana tgok orang akademik memberi ceramah, terbuka minda aku ni huhu...










dapat cenderahati sebagai kenangan, bagusnya hadiah ni bagi ilmu lagi kat aku...
nilah antra makhluk - makhluk Alah yang pg..degree 10 orang jer..yang lain semua master


dah sampai sini, ambillah kesempatan melihat koleksi buku kat kedai buku DBP ni..yang sedihnya duit tak berapa nak menampakkan dirinya dalam purse aku..so terlepas la nak beli ensklopedia tulisan Asmah Hj. Omar.huhu


huk ala.menyempat je nak amik gambar ala2 model..tolong la..









kat DBP tu...sempat jumpa gan pensyarah yang ajar fonologi aku masa tahun 2 ari tu..Dr. Adi Yasran..dia sebenarnya pensyarah kat UPM..






ni la perawan - perawan yang pegi DBP tu...kawan - kawan linguistik ku..huhu





motif utama kami pergi sana sebab nak dengar ceramah mengenai linguitik yang bertajuk wahana ilmu:kekuatan bahasa Melayu dalam bidang perubatan(kalau aku tak silap la)..memang menarik sangat ceramah ni..dan penceramahnya pula ialah seorang doktor pakar di HUKM..dan beliau adalah dekan fakulti perubatan..orangnya sangat 'smooth spoken'..nampaklah yang Dr. ni baik dan bersopan santun huhuhu..namanya Dr. Lokman Saim..bekas pelajar UKM gak ni..bangganya aku..




jemputan vip hari tu pula..ha ni dia..senator dato' Jin Samsuddin..masih segak bergaya Dato' Jins ni..ye la mama aku cakap orang dulu2 gila sangat2 kat Dato Jins ni ye la..cuba la tgok muka dia tu..hensem lagi tu hehe



maka dengan kesempatan yang ada..aku mendapatkan autograf dari dato..aku tak nak dah pisang berbuah dua kali..ye la masa aku pg tengok PGL the musical hari tu aku tak dapat bergambar dan autograf Hang Tuah aku tu sebab tak tau..so sekarang aku dah pandai..kalau nampak je arti ke, seleberiti ke, motivator terkenal ke, sapa2 je la yang terkenal tu..aku akan pergi dengan pantasnye untuk ambil gambar...terus aku praktikkan masa ni...akulah orang pertama yang pg amik sains Dato dan amik gambar dengan dia..fuh bangga sekejap..lepas aku buat semua orang berebut2 beratur hehe..sori kawan2 aku yang pertama..


ni satu lagi yang aku syok gak..Dato Jins suka guna pen aku yang murah ni iaitu pen carera versi apa entah..dia guna untuk sains kat semua buku orang2 yang beratur tu..last2 pen tu terus bersama dengan dia..maksudnya pen aku dah tak kembali pada aku la...sedih dalam gembira..sebab aku suka guna pen tu..huhu



mari - mari kita ambil gambar..senyum semua sebut kejuuuuuuu




ini lah dia orang - orang kuat masa hari tu...dari kiri adalah Prof. Zaharani pensyarah aku kat PBBL..dan kat hujung sana kanan sekali pula ialah isterinya yang merangkap pensyarah fonetik aku kat PBBL dan merangkap PRESIDEN PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA iaitu Prof. Dr.Norhashimah Jalaluddin..bangga aku gan Prof aku ni dan beliau sangat best orangnya..ni lah idola aku kat PBBL...caya lah Prof.



















aku, mereka dan linguistik....


majulah linguistik untuk negara....





















0 comments: