CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 26, 2009

Kelantan vs Selangor

salam semua...semalam masa tengah kemas bilik..tiba2 ternampak sebuah kereta yang siap terpasang bendera negeri Kelantan..dari tingkap bilikku huhuh..aku pun terfikir ada apa la pulak ni..?pilihanraya ke?ishk ape la aku..ada ke pilihanraya time2 ni..pas tu terus aku teringat..la ada lawan bola la..Kelantan gan Selangor..ish piala FA plak tu..yela kelmarin masa aku baca paper orang jual tiket kata dah bayak habis huhuhu...mestilah msing2 nak sokong wakil mereka hehehe..aku tak sokong mana2.just tengok je..yang pasti Kedah tetap di hati hehehe

ni la..gambar yang aku amik ni..dari tingkap bilik je..hehe sori tuan kereta tak de kebenaran amik gambar ni sori sgt2 kalau tuan kereta tertengok..apa pun cayalah bro semangat tetap membara..

dan keputusanny..Selangor memenangi Piala ni...tahniah kepada Selangor...sebenarnya dua pasukan sangat hebat..yela masing2 jaga pintu gol gan sangat baik..sampai kena penalti untuk menang..mungkin tuah menyebelahi Selangor...sebab tu mereka menang.bayangkan kalu tuah tu kat Kelantan..hehhe..ada hikmah atas semua ni..walaupun tempoh hari kat Kelantan berlaku sesuatu yg tak disangka..bukan kita patut salahkan Kelantan 100 peratus..mesti ada unsur lain kalu nak jadi perkara tu ..betul tak?ha cuba tengok semalam tak jadi apa2 pun..kira ok la tu...

jadi tahniah sekali lagi kepada semua pemain yang bermain dengan bersunggug-sungguh..yeah majulah sukan untuk negara...

Thursday, April 23, 2009

aku kehilangan seorang ahli keluarga..

Innalillah wa innalilahi raji'un...
baru pagi tadi sepupu aku yang agak rapat dengan aku..telah kembali ke pangkuan PenciptaNya...aku sangat terkejut..sebab dia baru dimasukkan 4 hari kat HKL..sakit pun tak lama..tapi tuhan lebih sayangkan dia..aku sangat terkilan tak sempat nak tengok dia..sebb sekarang aku tengan ada exam final..sedih rasanya bila mengenangkan arwah..masih muda dalam 30-an...terus aku terfikir..bahawa aku telah kehilangan 2 orang sepupu perempuan dalam lunkungan umur yang sama..tahun lepas kak Jamak(anak mak jang) sekarang Kak Hanim(mak teh)..dua-dua sakit yang melibatkan ketumbuhan atau kanser...maksudnya mungkin ahli keluarga perempuan kami ada risiko penyakit yg sama...mana tau kalau aku tak jaga kesihatan..dalam masa 10 tahun lagi..ditakdirkan Yang Maha Esa..Dia memilih aku?
tingkatkan amal ibadah mu wahai cik hasmidar...
bersedialah menghadapi mati..

manusia ke apa ni?


perhatian kepada anda yang bakal menjadi ibu bapa, sedang atau telah..jagalah anak-anak anda...kerana mereka ialah amanah Allah..jangan biarkan mereka diseksa, terseksa atau menyeksa..(???)..ambil iktibar dari video kat bawah ni..errr nak bagitau blog aku bukan 18SG...sekadar untuk renungan jer..

video

dah tengok??sedih tak...

aku nangis sambil tengok gambar anak sedara aku..huhu..teremosi plak...

cuba cakap kat aku sapa yang tak emo??

cakap..cakap..cakap









jiwang sebentar

tiba-tiba terasa ingin berjiwang-jiwang dengan sajak..lalu terhasillah puisi puitis, melankolik dan romantis ni pada waktu ini..rumate aku pun tengah tido..bleh la layan nak berkarya..tiasa gangguan..tenang je..jadi, kalau kawan2 aku baca ni...pas tu korang nak wat analisis stilistik aku alu-alukan..pastu bagaitau kat aku analisis korang semua..hehehe
terima kasih kaat pensyarah aku iaitu Dr. Fadzeli yang ajar stilistik..nak bagitau dialah pakar stilistik kat Malaysia ni...hebat wooo..kira yang pertama la ..huhu

ok la aku tujukan puisi aku ni..kat semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku dan memberi kebahagiaan kepada aku, lepas tu berpisah atas sebab yang tertentu...ye ke tema puisi tema aku ni?errr..korang watla analisis..maybe temanya adalah untuk orang yang aku takkan dapat miliki heheheh(ada makna tu huhu)


Kisah Perjalanan Ini

perjalanan kafilah seindah mimpi
terhenti buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala aku dan aku ke sehala
kisah ini berada dalam hatiku buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala


adakah itu kamu sebenarnya atau pelita yang membara
adakah itu kamu sebenarnya atau kuntum yang sedang mengembang
adakah itu kamu sebenarnya atau musim monsum impian
adakah itu kamu sebenarnya atau musim kegembiraan
adakah itu kamu sebenarnya atau bunga mengembang
adakah itu kamu sebenarnya atau aku yang memperolehi dunia baru


perjalnan kafilah seindah mimpi
terhenti buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala
kisah ini berada dalam hatiku buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala


kamukah itu atau hanya wangian yang tersebar di udara
kamukah itu atau warna indah di serata tempat
kamukah itu atau cahaya di perjalanan
kamukah itu atau lagu dan irama yang tersebar di udara
kamukah itu yang kutemui atau adakah itu takdir hidupku
kamukah itu atau keajaiban di udara sekitar

perjalanan kafilah seindah mimpi
terhenti buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala
kisah ini berada dalam hatiku buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala



haa apa macam...syahdu tak puisi aku ni???masa ku buat puisi ni..sambil dengar lagu rossa dan pasha (ungu) 'terlanjur cinta'..sedih je hati aku ni..tangkap lentok beb huhu...

Wednesday, April 22, 2009

petang tinta kasih linguistik,,memori tercipta kasih tejalin

meriah sungguh petang tinta kasih linguistik kami ni..walaupun adik 1st year n 2nd year tak nak join..sebab katanya nak balik kampung(hi-tea wat masa study week)
tak pe la adik2ku semua..majlis tetap meletup tanpa kehadiran korang semua..tema petang tu adalah mengikut tema warna iaitu merah, hitam dan putih..ada pertandingan putera dan puteri lagi..kepada mereka yang pakai baju ala2 diva gitu heheh..





perasaan bercampur baur bila tengok gambar ramai2 dengan kawan kelas ni..tak tau nak cakap mcam ner..tapi aku melahirkan rasa aku melalui lagu yang dinyanyikanoleh shahila OIAM..memori tercipta..lagu yang korang tengah dengar kat blog aku ni la(jangan tutup suara lagu ni..dengarlah kalau nak rasa feel aku heheh)

petang tu gak ada sambutan hari lahir ketua program lingustik yang baru iaitu Dr.Idris Aman yang ke 51..dan sambutan kenaikan pangkat Ketua Program yang sebelumnya iaitu Prof. Dr.Norhashimah yang sekarang ni bekerja dengan TNC..tahniah pada dua orang pensyarah aku ni...



banyak aktiviti yang berjalan petang tu..dan aku boleh katakan ia seperti pesta hadiah..yela banyak betul hadiah yang nak diberi dan diterima...maklumla dah nak habis ni banyak pula tanda kenangan nak diberi...contohnya ialah apabila aku dapat cabutan bertuah...tak pernah2 dapat selama ni kalau ada 'lucky draw' sekali petang tu tuah ada kat aku hohoho dapatla hadiah




ni la pula masa sesi bersama pelajar bersama pensyarah...gambar kiri dapat hadiah yang ditukar-tukar dengan kawan2 tapi pensyarah yang bagi..gambar kanan ni pula dengan pian ni..bagi hadiah pada penyelia tesis masing2..ni la penyelia aku..Pn. Harishon yang sangat best..terima kasih puan ajar kami selama ni..banyak jasa dia kat aku.



ha ni la yang paling gempak petan tu....bukan persembahan khas Dato Siti gan Noraniza Idris tapi dua orang budak linguistik yang menyumbangkan lagu Hati Kama...huhuhu..apa2 pun dapat tepukan gemuruh beb huhuhuh





ni aku gan kawan aku yang merangkap ketua dekorasi tu..ni la cik delia gadis manis dari sarawak...





bergambar dengan miss2 bollywood huhuhu


gambar selepas habis majlis..menyempat je nak amik gambar, pada hal dah pukul 7 ni..ish3


aku pun dah penat sangat time ni...balik terus tido..tapi mandi dulu la..hehehe











lala kerja lala kerja...petang tinta kasih linguistik

setiap tahun program wajib dalam program linguistik ni...ialah hi-tea linguistik...ala macam dinner fak la gitu..tapi kami buat kelainan sikit...sama jugak dinner u ada makan2..persembahan penyampaian hadiah..amik2 gambar..pakai cantik2 pendek cerita sama je mcam dinner..yang lainnye kami ak buat kat hotel atau dewan makan hanya buat kat foyer dan laman pusat bahasa yang cantik ni...
ni ada gambar - gambar masa buat persiapan dan raptai..kawan2 yang nak gambar bleh amik disini ye..petang tinta kasih ni,,aku jadi Timb. Ketua Pengarah..kerja bawah cik rahayu selaku KP aku..dah lama tak buat kerja2 macam ni lepas dah bersara dari JAKSA..huhu

.. syu dan ida yang kuat mengangkat kerusi..yeah
kumpulan nasyid linguistik..bersungguh -sungguh berlatih...

aku pun tengah berlatih gan ati..nak buat persembahan gak huhu


ap a yang gva tngok tu..wah mira kusyuk tul ko



buat kerja jgan dok ngumpat tau..




ni la perkeja2 Eric Leong yang kami upah untuk hias pondok kat PBBL ni..hehe lawak je n lah kawan2 aku yang membuat hiasan pondok..mantap la



la ida sampai tertido ko ye penat susun hadiah...we plak dok layan laptop..tengah buat kerja sebenarnya tu..



ni dia ketua protokol gan ketua cenderamata..cik yan dan cik ida


dah penat ..rehat jap bersama kit-kat..hehehe





ika akan menjadi mc pada petang tersebut...sungguh ceria dirimu..gitu



kalau nak tau ketua dekorasi yang juga pembantu Eric Leong tu ialah cik Delia..yang macam nak peluk tiang berkain merah tu..huhu9alamak gambar belakang pulak)


kp tengah berbincang dengan mt2 nyer..huhu mantapla ayu



aik apasal ada gambar depa ni lagi?kita tgok orang kat belakang depa iaitu che ti dan abg we..hehhe abang?ops dah di book ok!


kelas kami mempunyai 3 miss bollywood,,tp yang anda nampak hanya dua saja..iaitu miss gva gan miss sharala(baju merah)..




alamak termasuk lagi gambar ni..jgn tgol ika..tgok dua orang yang tgah gigih berlatih nyanyi lagu hati kama huhuhu...














Tuesday, April 21, 2009

PRePP..yang memberi ilmu ke alam kerja

petang 10 April lalu, Pusat Bahasa dan Linguistik mengadakan seminar khas untuk pelajar tahun akhir..mengenai persediaan untuk bekerja. pagi pergi DBP, petang ada seminar ni pula..penat gak la..tapi aku teruja gan benda2 macam ni..so tak penat langsung..sampai kawan aku cakap 'ko ni nak mencapap(menonjol dalam BM yang betul) je'..aku senyum jela...betul la tu kot hehe
kena bayar untuk seminar ni rm 30 je..murah betul kalau kat luar tu untuk seminar macam ni mahu beratus bayarannye...

masa daftar PRePP ni dapat segala macam barang kat bawah ni..yang best dapat t-shirt..yeay




ni tetamu vipnyer..Prof. Zaharani gan Dato' Lela CEO untuk Kelab Penyayang..fuh hebat tu..kalau nak tahu Dato' Lela ni pelajar linguistik juga..huhu lagi la aku bangga(kembang kempis hidung hehe)



ni la Dato' Lela..cuba tengok beliau..berdasarkan gambar aku yang ambil ni(maaf mutu gambar tidak mempengaruhi tekaan umur)..agak2 berapa umur dia?
masa dia bagitahu umur dia aku dan semua yang ada dalam dewan tu semua terkesima membisu seribu bahasa untuk seketika..umur sia dah 70 tahunnnnnn(dengan nada teruja)..
wah sangat tak sangka..beliau nampak macam umur 50-an saja...satu tepukan gemuruh untuk Dato' Lela..kalau tengok orang mcam beliau ni kita boleh buat interpretasi kehidupan beliau dan penjagaan diri beliau..tahniah Dato'



apa lagi peluang untuk bergambar dengan seorang yang sangat bagus..jangan lepaskan peluang...boleh tunjuk kat anak - anak cucu nanti..hehehe




hari ketiga PRePP adalah 'mock interview'..sori gambar hari kedua tak ada dalam simpanan..nanti akan dimasukkan ..tungguuuuu huhu
jadi untuk menjadikan 'mock interview' itu berjaya kenala menjiwainya..sebab tu aku pakai gaya ala-ala korporat gitu..hehe..ayu pun cantik (alamak kembang la ayu kalau baca ni)

tak sangka dapat pula..jadi contoh untuk busana terbaik untuk pergi interview..pensyarah aku cakap kita kena melabur sedikit untuk membeli pakaian yang sesuai dan terbaik untuk pergi interview nanti..baru orang akan pandang..sebab pandangan pertama itu amat penting..menurtu Dr. Supian..terima kasih Dr. ceramah yang sangat bagus...


ini pula..sesi bersama senior yang telah mengikuti PRePP dan telah berjaya dan sedang bekerja dalam pelbagai bidang. mereka nak cerita pengalaman mereka menghadapi temuduga masing - masing.
ni la senior aku dalam bidang linguistik yang telah berjaya..beliau sekrang merupakan seorang pensyarah di UITM Melaka..kenalkan Kak Huda..pernah aku dalam subjek analisis wacana.

macam biasa la..kalau tak de..muka - muka ni..kamera aku macam tak betul jer...hehe


sembang - sembang petang dengan Kak Huda..nak cari tips untuk cari kerja nanti..bersungguh ayu bercerita..ye ke Ayu? ko jangan wat auta plak kat Kak Huda..jangan marah..



ni lah dewan kuliah tempat ceramah disampaikan..oh cantik sungguh dewan ni selepas pengubahsuaian...
terima kasih kepada pengerusi pusat dan semua pensyarah di PBBL yang menganjurkan ceramah ni..sangat memberi ilmu dan pengalaman untuk menghadapi cabaran bekerja di luar nanti...semoga Allah dapat membalas jasa baik kalian...(bukan mengampu ye..ikhlas dari hati)






aku, linguistik dan DBP

salam..lama tak update blog..maka banyaklah cerita dan gambar nak letak hehe..semua cerita yang dah lepas seminggu lalu baru aku nak letak sekarang ni..tak kisah la asalkan ada cerita..betul tak?


pada 10 April lalu..aku gan kawan - kawan...pg DBP untuk mengikuti ceramah anjuran Persatuan Linguistik Malaysia. best betul la pg sana tgok orang akademik memberi ceramah, terbuka minda aku ni huhu...










dapat cenderahati sebagai kenangan, bagusnya hadiah ni bagi ilmu lagi kat aku...
nilah antra makhluk - makhluk Alah yang pg..degree 10 orang jer..yang lain semua master


dah sampai sini, ambillah kesempatan melihat koleksi buku kat kedai buku DBP ni..yang sedihnya duit tak berapa nak menampakkan dirinya dalam purse aku..so terlepas la nak beli ensklopedia tulisan Asmah Hj. Omar.huhu


huk ala.menyempat je nak amik gambar ala2 model..tolong la..









kat DBP tu...sempat jumpa gan pensyarah yang ajar fonologi aku masa tahun 2 ari tu..Dr. Adi Yasran..dia sebenarnya pensyarah kat UPM..






ni la perawan - perawan yang pegi DBP tu...kawan - kawan linguistik ku..huhu





motif utama kami pergi sana sebab nak dengar ceramah mengenai linguitik yang bertajuk wahana ilmu:kekuatan bahasa Melayu dalam bidang perubatan(kalau aku tak silap la)..memang menarik sangat ceramah ni..dan penceramahnya pula ialah seorang doktor pakar di HUKM..dan beliau adalah dekan fakulti perubatan..orangnya sangat 'smooth spoken'..nampaklah yang Dr. ni baik dan bersopan santun huhuhu..namanya Dr. Lokman Saim..bekas pelajar UKM gak ni..bangganya aku..




jemputan vip hari tu pula..ha ni dia..senator dato' Jin Samsuddin..masih segak bergaya Dato' Jins ni..ye la mama aku cakap orang dulu2 gila sangat2 kat Dato Jins ni ye la..cuba la tgok muka dia tu..hensem lagi tu hehe



maka dengan kesempatan yang ada..aku mendapatkan autograf dari dato..aku tak nak dah pisang berbuah dua kali..ye la masa aku pg tengok PGL the musical hari tu aku tak dapat bergambar dan autograf Hang Tuah aku tu sebab tak tau..so sekarang aku dah pandai..kalau nampak je arti ke, seleberiti ke, motivator terkenal ke, sapa2 je la yang terkenal tu..aku akan pergi dengan pantasnye untuk ambil gambar...terus aku praktikkan masa ni...akulah orang pertama yang pg amik sains Dato dan amik gambar dengan dia..fuh bangga sekejap..lepas aku buat semua orang berebut2 beratur hehe..sori kawan2 aku yang pertama..


ni satu lagi yang aku syok gak..Dato Jins suka guna pen aku yang murah ni iaitu pen carera versi apa entah..dia guna untuk sains kat semua buku orang2 yang beratur tu..last2 pen tu terus bersama dengan dia..maksudnya pen aku dah tak kembali pada aku la...sedih dalam gembira..sebab aku suka guna pen tu..huhu



mari - mari kita ambil gambar..senyum semua sebut kejuuuuuuu




ini lah dia orang - orang kuat masa hari tu...dari kiri adalah Prof. Zaharani pensyarah aku kat PBBL..dan kat hujung sana kanan sekali pula ialah isterinya yang merangkap pensyarah fonetik aku kat PBBL dan merangkap PRESIDEN PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA iaitu Prof. Dr.Norhashimah Jalaluddin..bangga aku gan Prof aku ni dan beliau sangat best orangnya..ni lah idola aku kat PBBL...caya lah Prof.



















aku, mereka dan linguistik....


majulah linguistik untuk negara....