perasaan bercampur baur bila tengok gambar ramai2 dengan kawan kelas ni..tak tau nak cakap mcam ner..tapi aku melahirkan rasa aku melalui lagu yang dinyanyikanoleh shahila OIAM..memori tercipta..lagu yang korang tengah dengar kat blog aku ni la(jangan tutup suara lagu ni..dengarlah kalau nak rasa feel aku heheh)
petang tu gak ada sambutan hari lahir ketua program lingustik yang baru iaitu Dr.Idris Aman yang ke 51..dan sambutan kenaikan pangkat Ketua Program yang sebelumnya iaitu Prof. Dr.Norhashimah yang sekarang ni bekerja dengan TNC..tahniah pada dua orang pensyarah aku ni...
banyak aktiviti yang berjalan petang tu..dan aku boleh katakan ia seperti pesta hadiah..yela banyak betul hadiah yang nak diberi dan diterima...maklumla dah nak habis ni banyak pula tanda kenangan nak diberi...contohnya ialah apabila aku dapat cabutan bertuah...tak pernah2 dapat selama ni kalau ada 'lucky draw' sekali petang tu tuah ada kat aku hohoho dapatla hadiah
ni la pula masa sesi bersama pelajar bersama pensyarah...gambar kiri dapat hadiah yang ditukar-tukar dengan kawan2 tapi pensyarah yang bagi..gambar kanan ni pula dengan pian ni..bagi hadiah pada penyelia tesis masing2..ni la penyelia aku..Pn. Harishon yang sangat best..terima kasih puan ajar kami selama ni..banyak jasa dia kat aku.
ha ni la yang paling gempak petan tu....bukan persembahan khas Dato Siti gan Noraniza Idris tapi dua orang budak linguistik yang menyumbangkan lagu Hati Kama...huhuhu..apa2 pun dapat tepukan gemuruh beb huhuhuh
ni aku gan kawan aku yang merangkap ketua dekorasi tu..ni la cik delia gadis manis dari sarawak...
bergambar dengan miss2 bollywood huhuhu
gambar selepas habis majlis..menyempat je nak amik gambar, pada hal dah pukul 7 ni..ish3
0 comments:
Post a Comment