CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 23, 2009

jiwang sebentar

tiba-tiba terasa ingin berjiwang-jiwang dengan sajak..lalu terhasillah puisi puitis, melankolik dan romantis ni pada waktu ini..rumate aku pun tengah tido..bleh la layan nak berkarya..tiasa gangguan..tenang je..jadi, kalau kawan2 aku baca ni...pas tu korang nak wat analisis stilistik aku alu-alukan..pastu bagaitau kat aku analisis korang semua..hehehe
terima kasih kaat pensyarah aku iaitu Dr. Fadzeli yang ajar stilistik..nak bagitau dialah pakar stilistik kat Malaysia ni...hebat wooo..kira yang pertama la ..huhu

ok la aku tujukan puisi aku ni..kat semua orang yang pernah hadir dalam hidup aku dan memberi kebahagiaan kepada aku, lepas tu berpisah atas sebab yang tertentu...ye ke tema puisi tema aku ni?errr..korang watla analisis..maybe temanya adalah untuk orang yang aku takkan dapat miliki heheheh(ada makna tu huhu)


Kisah Perjalanan Ini

perjalanan kafilah seindah mimpi
terhenti buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala aku dan aku ke sehala
kisah ini berada dalam hatiku buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala


adakah itu kamu sebenarnya atau pelita yang membara
adakah itu kamu sebenarnya atau kuntum yang sedang mengembang
adakah itu kamu sebenarnya atau musim monsum impian
adakah itu kamu sebenarnya atau musim kegembiraan
adakah itu kamu sebenarnya atau bunga mengembang
adakah itu kamu sebenarnya atau aku yang memperolehi dunia baru


perjalnan kafilah seindah mimpi
terhenti buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala
kisah ini berada dalam hatiku buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala


kamukah itu atau hanya wangian yang tersebar di udara
kamukah itu atau warna indah di serata tempat
kamukah itu atau cahaya di perjalanan
kamukah itu atau lagu dan irama yang tersebar di udara
kamukah itu yang kutemui atau adakah itu takdir hidupku
kamukah itu atau keajaiban di udara sekitar

perjalanan kafilah seindah mimpi
terhenti buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala
kisah ini berada dalam hatiku buat seketika
dan selepas itu kamu ke sehala dan aku ke sehala



haa apa macam...syahdu tak puisi aku ni???masa ku buat puisi ni..sambil dengar lagu rossa dan pasha (ungu) 'terlanjur cinta'..sedih je hati aku ni..tangkap lentok beb huhu...

0 comments: