CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

bagaimana menghilangkan masalah malas berblogging??/



dah bersawang bagai blog aku ni...lama gila tak layang blog aku ni..sian..maklumla sibuk dan menyibukkan diri aku.hehehe ni pun masih rasa malas tahap cipan...nantila ..ader citer best pun malas nak update.....gitu..lain kali aku update dzaaaaa...

Friday, September 4, 2009

dari bazar ke masjid..


adoi kecur air liur nengok ayam ni..ngap


bulan posa ni kita kena tingkatkan ibadah supaya bila berakhirnya ramadan ini akan terhapuslah dosa2 yang kita lakukan..ibadah ada dalamberbagai bentu..pergi kelas belajar pun satu ibadah..buat baik pun ibadah ...menahan diri dari membazir time memborong nak buka posa pun satu ibadah..tapi time bab ni ramai yang tak dpat melakukannya..pergh cabaran besar apa orang kata godaaaaaaannnnnn!!..yang tu lah nak uji kesabaran kita..tapi aku sendri pun kadang2 tewas gan godaan ni bila dah pg bazar..nafsu tiba2 jadi macam nafsu buaya gan ikan pirana..dasyat giler..
mana tak nyer ayam golek la..nasi lemak ishak bangi pun macam magnet je menarik aku huhu..bila dah nak beli macam2 maka poket semakin menipis akibat membeli macam dah tak leh makan esoknya...jadi bagi mengatasi masalah yang amat membimbangkan diriku ini ialah dengan berbuka puasa di masjid ukm...bagus sgt buka posa kat masjid..jimat dan mengelakkan pembaziran..makan dalam talam ramai2..satu talam boleh makan 5 orang...jadi ajak la kawan2 join dok sama gan kita..sedap tak? mestila sedap..aku memang nak puji habis chef yang masak kat masjid ni...dari tahun lepas aku join berbuka kat masjid rasa masakan dia memang sama..cukup rasa garam gula..walaupun masak dalam jumlah yang banyak...jadi kalu nak tak penah berbuka kat masjid ukm..jangan malu jangan segan sila datang beramai2 sambil mengimarahkan masjid...lepas buka sama2 boleh solat berjemaah. memang bagusla...satu lagi selamat duit dan dapat meningkatkan ibadah dalam bulan mulia ni..sorang ustaz cakap tingkatkat ibadah kurangkan ke bazar..wasalam

Thursday, July 9, 2009

kena banyak baca buku!!!

ya allah... malasnya diriku nak menulis kat blog ni..tapi teringin nak memuatkan cerita baru kat blig ni..dari semalam update tak update2 sampai sekarang...kelas master dah mula..sebenarnya bukannya bermakna kita ni pandai sebab dah boleh sambung master tetapi lagi la menunjukkan betapa ceteknya ilmu yang aku ada...bukannya dengan melangkah ke satu tahap dalam pengajian menunjukkan diriku ni boleh bermegah dengan ilmuNya..ini semua adalah ilmuNya yang diriku ni hanya baru mencedok sedikit...huhu..semakin meningkat ke tahap yang tinggi semakin banyak bahan bacaan yang diperlukan untuk memperkuatkan ilmu didada sesuai dengan tahap yang aku tagh lalui ni..huhu kenapa entri kali ni mcam berfalsafah pulak???tengah ikut mood ni..
dalam 2 - 3 hari ni dah habis 2 buku yang sgt memberi kesan kat aku huhu..yang pertama ialah Catatan Hati Nik Nur Madihah" pelajar miskin yang mendapat kputusan 20A dlm spm...bukan sebab banyak A yang dia dapat buat aku menjadi sgt terkesan dari bacann buku tu tapi kehidupan seharian si gadis ni...sgt disyorkan dibaca oleh smua orang dalam peringkt umur pun kalu nak dapt kejayaan yg bukan shj di dunia malah diakhirat...tq nik...kemudian buku perjuangan islam yang aku jumpa dalam bilik anak sedara sepupu aku ...Tariq bin ziyad..menang atau syahid...best sebab tulisan dari abdul latip talib..mengisahkan sejarah islam yang berkembang ke andalusia(sepanyol) yang diketua oleh Tariq bin Ziyad ni...sgt memberi semangat dalam membentuk diri...
rupa-rupanya penulis buku Tariq ini juga menjadi penulis kegemaran oleh pelajar cemrlang spm 08 jugak..tgok jenis buku yang dibaca dah bleh agak cara Nik Nur Madihah punya pemikiran.
kalu berminat bleh cari buku ni kat kedai buku keluaran PTS..buku yang bagus untuk memotivasikan diri..alhamdullilah

Wednesday, May 13, 2009

get out from here!!!

huhu...bukan aku suruh korang yang baca ni keluar ari blog aku ni..tapi ni rasa aku bila dah habis belajar kat ukm..rasa mcam tu je aku dengar suara halus si UKM ni..heheh hanya aku je yang dengar ...kata-kata ni macam AJ yang cakap wua wua..

dah selamat aku 3 yahun kat UKM...pas ni konvo bulan lapan sekarang tengah menghabiskan boras kat umah la pulak huhu..insyallah ada rezeki aku sambung master maybe masuk bulan 7 ni...


rindu kat semua kawan2, ukm dan bau ukm, entah lah..bila dah balik kampung ni..rasa macam suka plak gan kebisingan dan kesesakan kat ukm bangi tu..masa kat ukm rindu kat kampung..ala biasa la tu kan..

kepada kawan2 aku yang nak gambar kita masa hari-hari terakhir tu..nanti aku upload k...misss u all

Thursday, May 7, 2009

oh tesis linguistikku...

alhamdullilah syukur nikmat...malaysia maju rakyat selamat..lagu nasyid dulu2 huhu..sebenarnya bersyukur sebab semua hal prose penjilidan tesis dah selesai dan dah boleh diserahkan kat pusat bahasa..memang terharu la...


ni la kedai yang aku wat jilid tu..ok ye ..kepapelajar ukm dan juga yang berhampiran dengan kedai ni..silalah datang ke kedai ni..perkhidmatannye yang bagus dan kualiti kertas serta print warna dangat bagus..(bukan dapat duit pun promote ni..huhu) kalau kita fotostat tesis harganya 10 sen..setimpal gan kualiti kertas..tebal dan bila potostat nampak macam print je..sangat best..


satu buku jilid harga rm12..kalau nak mahal lagi banyak je lagi kedai lain huhu...


oh tesis-tesisku...


kawan - kawan satu seliaan ku yang turut berjaya menyiapkan tesis mereka...tahniah2
cik delia..


cik atikah..dengan tesisnya..huhu


dah siap semuanya selepas di'sign' oleh penyelia..maka hantarlah ke pejabat pusat bahasa dan linguistik..hantar kat En.Zul..orang yang bertanggungjawab couse aku ni..huhu tenkiu2 cik zul..jasamu selalu dikenang..hehe


nasihat berguna dari cik zul.huhu terharu


ops..lupa nak bagitau tesis aku buat kajian pasai 'Perbandingan Kesantunan Berbahasa dalam Media Elektronik:suatu kajian sosio-pragmatik' uhu panjangnya...aku kaji kesantunan bahasa dalam radio Era gan Klasik nasional ..jadi kalau nak tau lebih lanjut kajian ini..hubungi saya ye huhu

Friday, May 1, 2009

oh tesisku...

alhamdullilah..tesis ku telah siap dan sedang dalam proses perjilidan..huhu terharu rasanya..memang rasa nak nangis..buat tesis ni memang banyak pengorbanan bergolok gadai aku dibuatnya..semelum siap semua hasil kerja ni...proses nak menyiapkannya memang la tak sedap nak cerita..draf berapa kali hantar..kena betulkan..kena tambah data la..kena itu la ini la..huhu..hanya mereka2 yang buat tesis je tahu hakikat ni.kan kawan2..


sebelum di hantar untuk dijilid..aku print kat kedai 5zal photostat..kat situ murah woo(asiap promote lagi ada komisen ke?)..kalu print hitam putih 8 sen je..huhu murah2..aku guna kertas sendiri..double a 80gm





banyak betul kertas yang digunakan..dah tu ada yang silap print pulak aduh lagi la rasa mcam nak nangis lagi uhu..tapi ni la hasilnya....




tebal la gak..145 muka surat termasuk semuanya...huhu
pas tu tesis ni kena buat 2 lagi salinan..sebab perlu dihantar kat pejabat 3 buah buku yang berjulid...aku pg jilid kat kedai double A kat depan jalan nak masuk komuter UKM..ha kat situ pun bagus service dia..aunty kedai tu dah tau gaya UKM mcamana..so senang keja..(hai promote lagi huhu)

tak sabar rasanya nak tengok hasil jilid nanti..isnin ni..dah bleh hantar kat pejabat..yahooooo.alhamdullilah

Tuesday, April 21, 2009

PRePP..yang memberi ilmu ke alam kerja

petang 10 April lalu, Pusat Bahasa dan Linguistik mengadakan seminar khas untuk pelajar tahun akhir..mengenai persediaan untuk bekerja. pagi pergi DBP, petang ada seminar ni pula..penat gak la..tapi aku teruja gan benda2 macam ni..so tak penat langsung..sampai kawan aku cakap 'ko ni nak mencapap(menonjol dalam BM yang betul) je'..aku senyum jela...betul la tu kot hehe
kena bayar untuk seminar ni rm 30 je..murah betul kalau kat luar tu untuk seminar macam ni mahu beratus bayarannye...

masa daftar PRePP ni dapat segala macam barang kat bawah ni..yang best dapat t-shirt..yeay




ni tetamu vipnyer..Prof. Zaharani gan Dato' Lela CEO untuk Kelab Penyayang..fuh hebat tu..kalau nak tahu Dato' Lela ni pelajar linguistik juga..huhu lagi la aku bangga(kembang kempis hidung hehe)



ni la Dato' Lela..cuba tengok beliau..berdasarkan gambar aku yang ambil ni(maaf mutu gambar tidak mempengaruhi tekaan umur)..agak2 berapa umur dia?
masa dia bagitahu umur dia aku dan semua yang ada dalam dewan tu semua terkesima membisu seribu bahasa untuk seketika..umur sia dah 70 tahunnnnnn(dengan nada teruja)..
wah sangat tak sangka..beliau nampak macam umur 50-an saja...satu tepukan gemuruh untuk Dato' Lela..kalau tengok orang mcam beliau ni kita boleh buat interpretasi kehidupan beliau dan penjagaan diri beliau..tahniah Dato'



apa lagi peluang untuk bergambar dengan seorang yang sangat bagus..jangan lepaskan peluang...boleh tunjuk kat anak - anak cucu nanti..hehehe




hari ketiga PRePP adalah 'mock interview'..sori gambar hari kedua tak ada dalam simpanan..nanti akan dimasukkan ..tungguuuuu huhu
jadi untuk menjadikan 'mock interview' itu berjaya kenala menjiwainya..sebab tu aku pakai gaya ala-ala korporat gitu..hehe..ayu pun cantik (alamak kembang la ayu kalau baca ni)

tak sangka dapat pula..jadi contoh untuk busana terbaik untuk pergi interview..pensyarah aku cakap kita kena melabur sedikit untuk membeli pakaian yang sesuai dan terbaik untuk pergi interview nanti..baru orang akan pandang..sebab pandangan pertama itu amat penting..menurtu Dr. Supian..terima kasih Dr. ceramah yang sangat bagus...


ini pula..sesi bersama senior yang telah mengikuti PRePP dan telah berjaya dan sedang bekerja dalam pelbagai bidang. mereka nak cerita pengalaman mereka menghadapi temuduga masing - masing.
ni la senior aku dalam bidang linguistik yang telah berjaya..beliau sekrang merupakan seorang pensyarah di UITM Melaka..kenalkan Kak Huda..pernah aku dalam subjek analisis wacana.

macam biasa la..kalau tak de..muka - muka ni..kamera aku macam tak betul jer...hehe


sembang - sembang petang dengan Kak Huda..nak cari tips untuk cari kerja nanti..bersungguh ayu bercerita..ye ke Ayu? ko jangan wat auta plak kat Kak Huda..jangan marah..



ni lah dewan kuliah tempat ceramah disampaikan..oh cantik sungguh dewan ni selepas pengubahsuaian...
terima kasih kepada pengerusi pusat dan semua pensyarah di PBBL yang menganjurkan ceramah ni..sangat memberi ilmu dan pengalaman untuk menghadapi cabaran bekerja di luar nanti...semoga Allah dapat membalas jasa baik kalian...(bukan mengampu ye..ikhlas dari hati)






aku, linguistik dan DBP

salam..lama tak update blog..maka banyaklah cerita dan gambar nak letak hehe..semua cerita yang dah lepas seminggu lalu baru aku nak letak sekarang ni..tak kisah la asalkan ada cerita..betul tak?


pada 10 April lalu..aku gan kawan - kawan...pg DBP untuk mengikuti ceramah anjuran Persatuan Linguistik Malaysia. best betul la pg sana tgok orang akademik memberi ceramah, terbuka minda aku ni huhu...










dapat cenderahati sebagai kenangan, bagusnya hadiah ni bagi ilmu lagi kat aku...
nilah antra makhluk - makhluk Alah yang pg..degree 10 orang jer..yang lain semua master


dah sampai sini, ambillah kesempatan melihat koleksi buku kat kedai buku DBP ni..yang sedihnya duit tak berapa nak menampakkan dirinya dalam purse aku..so terlepas la nak beli ensklopedia tulisan Asmah Hj. Omar.huhu


huk ala.menyempat je nak amik gambar ala2 model..tolong la..









kat DBP tu...sempat jumpa gan pensyarah yang ajar fonologi aku masa tahun 2 ari tu..Dr. Adi Yasran..dia sebenarnya pensyarah kat UPM..






ni la perawan - perawan yang pegi DBP tu...kawan - kawan linguistik ku..huhu





motif utama kami pergi sana sebab nak dengar ceramah mengenai linguitik yang bertajuk wahana ilmu:kekuatan bahasa Melayu dalam bidang perubatan(kalau aku tak silap la)..memang menarik sangat ceramah ni..dan penceramahnya pula ialah seorang doktor pakar di HUKM..dan beliau adalah dekan fakulti perubatan..orangnya sangat 'smooth spoken'..nampaklah yang Dr. ni baik dan bersopan santun huhuhu..namanya Dr. Lokman Saim..bekas pelajar UKM gak ni..bangganya aku..




jemputan vip hari tu pula..ha ni dia..senator dato' Jin Samsuddin..masih segak bergaya Dato' Jins ni..ye la mama aku cakap orang dulu2 gila sangat2 kat Dato Jins ni ye la..cuba la tgok muka dia tu..hensem lagi tu hehe



maka dengan kesempatan yang ada..aku mendapatkan autograf dari dato..aku tak nak dah pisang berbuah dua kali..ye la masa aku pg tengok PGL the musical hari tu aku tak dapat bergambar dan autograf Hang Tuah aku tu sebab tak tau..so sekarang aku dah pandai..kalau nampak je arti ke, seleberiti ke, motivator terkenal ke, sapa2 je la yang terkenal tu..aku akan pergi dengan pantasnye untuk ambil gambar...terus aku praktikkan masa ni...akulah orang pertama yang pg amik sains Dato dan amik gambar dengan dia..fuh bangga sekejap..lepas aku buat semua orang berebut2 beratur hehe..sori kawan2 aku yang pertama..


ni satu lagi yang aku syok gak..Dato Jins suka guna pen aku yang murah ni iaitu pen carera versi apa entah..dia guna untuk sains kat semua buku orang2 yang beratur tu..last2 pen tu terus bersama dengan dia..maksudnya pen aku dah tak kembali pada aku la...sedih dalam gembira..sebab aku suka guna pen tu..huhu



mari - mari kita ambil gambar..senyum semua sebut kejuuuuuuu




ini lah dia orang - orang kuat masa hari tu...dari kiri adalah Prof. Zaharani pensyarah aku kat PBBL..dan kat hujung sana kanan sekali pula ialah isterinya yang merangkap pensyarah fonetik aku kat PBBL dan merangkap PRESIDEN PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA iaitu Prof. Dr.Norhashimah Jalaluddin..bangga aku gan Prof aku ni dan beliau sangat best orangnya..ni lah idola aku kat PBBL...caya lah Prof.



















aku, mereka dan linguistik....


majulah linguistik untuk negara....





















Friday, April 10, 2009

garis panduan penggunaan internet secara positif

hari tu aku punya lect. iaitu En. Azahar Jaludin atau lebih dikenali dgn nama glamournya AJ..bagi kat kitaorang benda..aku ingat ape la ..sebab nampak mcm cntik...rupanya panguan nak guna tenet...
aku terus ckp gan kawan..la macam la tak pandai nak guna tenet..tapi aku salah yer adik2..hehe dalam menggunakan internet ni banyak la baik dan buruknya..so walaupun kita dah rasa kita pandan pasai internet...jgnlah belagak nak amik tau perkara yang mcm ni...bagus jugak AJ bagi ni..bleh tambah ilmu sikit...




aku nak panggil pe ye benda ni...nak kata pamplet pun bleh la kot ye..siap ada cd lagi..


untuk budak- budak..ye la zaman sekrang ni budak2 dah pandai pasai tenet ni bukan mcm zaman aku muda2 dulu...


hello..untuk mak bapak pun ader gak k..kekadang orang dewasa ni lagi la..dasat diorang punya keteroran internet..


ha ni lagi satu..golongan yang gila dengan tenet..ha aku masuk golongan remaja ni lah..ye la muda lagi hehehe


kalau malas baca..ni ha ada d leh tengok...

selamat beramal dan jumpa lagi
tagline motivator mana ntah hehe..

Thursday, April 9, 2009

ngantuknyer..




nak tido gan tenang...sebab tak tido buat tesis yang tak siap lagi...mari kita tido untuk keselamatan dan kesihatan diri sendiri .....
selamat tido semua...