CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

huhu piza malaysia..

hari jumaat lepas balik kampung sebab merdeka cuti hari isnin jadi amik peluang nak berpuasa dengan keluarga..memang syok habis kalau balik rumah..hehe. masa kat kolej rasa teringin sangat nak makan kuih buah melaka jadi bercita - cita nak buat bila balik rumah..tetapi keinginan itu terhapus ye bila aku tengok chanel 501 yang wat discovery pasai cheese..akhirnya terliur la nak buat piza..kebetulan mama cakap dah lama tak buat..dengan seronoknya aku gan adik pg cari bahan.

bahan nak wat doh dah ada kat rumah tinggal nak beli mauripa je. bahan utama tentulah tepung gandum, mauripan/yis yang dibancuh air suam, telur, garam sikit gula sikit. mak ndak aku suruh letak susu pekat sikit nak bagi sedap. campur semua ni kemudian uli sampai sebati dan biarkan kat tempat panas sebab nanti tepung tu akan mengembang sebab ada yis. mestila tau kan..pernah belajar sains kan?

untuk bahan atas piza tu sebenarnya kita dah boleh pelbagaikan..tak semetinya ikut cara piza hut atau orang barat buat..buat piza ala-ala malaysia gitu..tapi kalu nak sedap memang kena guna daun2 khas yang orang barat guna tu.

bahan a

aku wat piza ayam gan daging, sebab mama tak makan daging dan dicincang/blend pun boleh
bawang merah, bawang putih di blender
lada benggala
cendawan butang
nenas
sayur campur
oregano dan basil (ni la daun2 yang mat salleh guna tu..daun dah kering banyak jual kat pasaraya boleh cari kat tempat kiub2 maggi tu..adal dekat2 tu..ni la yang biat bau harum macam kat piza hut tu)

bahan b
tomato puri dan sos cili
cheese (paling utama sebab dia la aku nak makan piza)

cara nak masak senang jer..tumis bawang putih dan merah sampai naik bau kemudian masukkan bahan a (jgn tak potong plak semua bahan a tu..kang susah nak makan),rasakan gan garam gula ikut sedap lidah.

dah siap masak amik doh tadi dalam segenggam letak kat dulang pembakar (gris dulu) kemudian letak sos dan tomato puri yang dicampur dan akhir sekali letak la semua bahan a yang dah masak tu..susun cheese banyak2(ikut suka) dan taburkan sedikit oregano dan basil tu..bakar dalam oven dalam 15 ke 20 minit dengan suhu 160 darjah celcius.

pas tu makan ngap ngap sedapppp



potong mcam kat piza hut hehe


nampak sedap kan??memang sedap pun huhu cubalah..kalau malas sangat beli jer hehe

Sunday, April 5, 2009

resepi malam bbq


halo..ni ada sikit resepi masa nak wat bbq yang lepas..

aku ayam bakar yang telah diperap selama 3 jam lebih...


ni bahan untuk perap ayam...bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, serai, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, rempah ratus sikit yang akan diblender sehingga hancur..


ha ni la bahan yang telah dibelender tadi...masukkan garam dan gula sesedap rasa n tambah sikit serbuk ketumbar untuk bau yang sedap...hmm lazat




ni la dia bahan untuk ayam yang akan diperap dan daun kangkung untuk masak nasi goreng lada hitam..cari jer kat supermarket perasa lada hitam tu..macam ada..



pas tu ayam diperap dan ditutup untuk elak dari dimasuki benda asing..



untuk kerang pulak..anda hanya perlu basuh dengan bersih sehingga air yang terakhir untuk basuh menjadi sangat jernih seperti diatas yer..petua basuh dengah bersih ialah guna daun serai yang diikat bersama dan kocak- kocakkan dengan kerang..akan bersihla kerang anda.
ni la serba sedikit resepi untuk mlam bbq..nak tau lebi lanjut boleh klik sini.

Wednesday, April 1, 2009

jagung oh jagung

semalam pg pasar malam hari isnin kat Kajang..kawan aku ternampak la pulak selonggok jagung yang berharga rm5. apa lagi kami pun meluru ke situ dan terus membeli..orang yang jual tu kata ini kagung datang dari Banting..kualiti jagung sangat bagus dan bila dah masak emmm..yummy
aku masak bubur jagung...sangat senang..


1. pertama kali mesti la amik isi jagung saja...aku kopek satu2..so isi jagung jadi macam yang jual kat nelson tu..cantik2...pas tu rebus sehingga jagung dah lembut




2. ni bahan yang nak guna iaitu santan dan sagu...

opps..yang ni bukan bahan nak buat bubur jagung..ni aku buat jagung rebus yang mcm kat nelson jugak tu...sebab tu ada gambar susu..

3. setelah itu jagung direbus dengan santan yang dibeli tadi...kemudian masukkan sagu yang telah direndam...

4. maukkan garam sikit dan gula sesedap rasa...tunggu dalam 10-15 minit dah siap...dah boleh hidang..dan makan
selamat mencuba...peace

Tuesday, March 17, 2009

masak lagi huhu

hari tu hujung minggu aku gan kengkawan yang lapar slepas hujan yang lebat telah memasak hidangan melayu yang sangat simple dan sangaaaat sedap

menu:

nasi putih

sardin

telur goreng

ulam melayu yang telah diubahsuai oleh diriku...



ni gambar ulam tu..





ulam timun + tomato + bawang+ cili sikit+ garam + gula +sos dan asam jawa sikit rasa sampai sedap la..huhu memang sedap



telu goreng ye..







sardin yang banyak bawang..fuh memang sedap





ni bahan2 buat ulam tadi...




keseluruhan bahan masakan...



selamat mencuba...






Sunday, February 22, 2009

ini jer..


makaroni rebus yang dimasak dengan sos yang telah ditumis pleh bawang putih n merah...dan dicampur dengan lada sulah and sedikit rempah..masak sehingga sebati and lastly pukul telur yang ditambah garam n lada sulah then digaul dengan makaroni..erm sedapkan makaroni mengikut citarasa sendiri..


hola..ini jer yang aku masak untuk mengenyangkan perut aku..sebab barang masak aku dah habis..huhu..
jangan kata nampak mcm tak sedap sebab rupanya yang sebegini ye..sebnarnya ia sangat sedap..aku bawa kat kawan2 aku masa time discusion..dan dibuktikan oleh mereka ia sedap..ini baru tak cukup bahan dah sedap tak tau la kalu cukup bahanye..mesti kalah chef wan..hehe perasannyer aku...tolonglah..



kebetulan plak aku sedang mengemas aku punya dapur..sebab barang dah banyak..heh..aku bertukang skit..ketuk paku kat satu lapisan kayu yang aku jumpa kat stor untuk dibuat sebagai tempat sangkut cawan gan pinggan and sudu..hehe aku memang sukat DIY..kalu wat benda ni..aku leh jadi sangat kusyuk..hehe naik sehh...

Monday, February 16, 2009

kelas masak..nasi goreng kampung hehe

hari ni masak nasi goreng kampung huhuh sedap....ni resepi yang aku wat gan kengkawan aku..adalah sorang dua jadi pembantu aku hari ni hehe ala2 chef gitu..



ni baha2nya..sayur kangkung, ayam, sotong, ikan bilis, bawang putih bawang besar nak wat tumis, cili padi sikit, and sediki perencah nasi goreng kampung...hot dog tu nak wat lauk jah..

tumis bawang putih gan bawang besar...kemudian masukkan ikan bilis..dan goreng hingga garing sedikit kemudian masukkan cili padi..biar kan sehingga layu...

bila dah agak lama dan dah berbau wangi bawang yang ditumis..masukkan ayam..dan goreng sebentar

kali ni kawan aku telah belanja sotong untuk dimasukkan dalam nasi goreng special kami ni..nak bagi sedap..masukkan garam, perencah nasi goreng dan gaulkan..kemudian masukkan nasi yang telah dimasak..dan gaulkan sehingga sebati...

akhir sekali masukkan sayur kangkung..maka dah siap la resepi kita hari ini..huhu selamat mencuba sedap tau...

Saturday, February 14, 2009

aku suka wat keja ni...


assalamualaikum..ni salah satu aku punya hobi iaitu memasal..aku suka masak..ada resepi yang best je aku nak try masak..dah banyak resepi aku masak..aku suka tengok orang makan makanan yang aku masak..kalau lengkap barangan masak...lagi banyak la benda aku nak masak hehe..

so,sorang kaan aku ni suh aku masak mkanan western food..iaitu spagheti..hehe kalau korang nak tau aku wat ni kat kolej je..hehe jgn baagitau kat orang kolej aku jawapannya mampus la...nanti korang pun takleh nak rasa masakan aku ni..sedap tau huhu



ok puan2 ini la bahan2 kita untuk resepi pada hari ini..yang utama ialah;


  1. spagheti, mushroom, sos khas spegeti kimball boleh guna brand lain kalu nak guna prego lagi bagus..kalau kat rumah aku gunan tomato fresh yang akan direbus sehingga hancur dan akan dijadikan sos asli yang tradisional..ni lagi sedap..

  2. bahan seterusnya puan2 ialah segala bawang2 yang ada kat rumah atau dalam simpanan..untuk menumis..kalau sedap jika ada oregano dan basil..kat malaysia yang fresh susah dapat, so guna je yang kering..kalau tak dak tak yah guna..

  3. sebagai penyedapnya lagi puan2 boleh guna apa sahaja mengikut kegemaran, resepi kali ni saya guna gading ayam kisar,guna daging pub boleh nak guna bebola ayam ke daging ke ikan ke..crab finger ke..ikut sedap la..

  4. dan sedikit cili boh untuk bagi rasa pedas skit..lagi best kalu guna lada benggala tapi tak da la kat sini sekadar nak bgtau je...

    saya juga guna carot sebagai penganti lada benggala tu hehe..just be creative..



ok seterusnya puan bolehla menumis bahan seperti bawang merah dan putih biar sehingga kekuningan dan masuk cili boh ikur suka puan2 ye..



masukkan sos tomato tersebeut dan perasakan dengan garam, gula sedikit dan apa sahaja perasa yang puan2 mahu..masukkan juga karot dan cendawan..masukkan sedikit air asam jawa sebab ada permintaan dari sorang kawan aku tu nak masam2 skit..



dalam masa yang sama puan2 boleh la merebus spegeti ye..kalau lupa alamatnya makan kuah saja lah ehehe


bila..dah siap hidang la...ni la hasilnya...huhu
sedap...

anda semua boleh cuba nak buat pakai resepi sendiri...just be creative...and jangan lupa lepas masak jgn lupa kemas.. selamat memasak
banyak lagi resepi di sini