CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 21, 2009

oh keluargaku.....

lagi cerita pasai keluargaku ni..jangan boring plak..hehe aku nak introduce keluarga aku kat kawan-kawan semua je..tak de udang disebalik batu pun hehe

dalam je t'aime ma famile, aku tak citer yang keluarga aku dah mengembangkan sayap pembesaran keluarga dengan kemasukan ahli baru: satu adik ipar aku dan kemudian anak sedara aku..mcm ni ceritanya



memperkenalkan adikku safura yang telah mimilih mohiuddin sebagai teman hidupnya..berapa umur si safura ni?ye la aku baru 23 tahun so maksudnya dia lebih muda la dari aku..dia adik perempuan yang bongsu iaitu anak ketiga(tak ikut kiraan dalam keluarga tiri ye)..
nape dia kawen awal? penah dengar jodoh pertemua, ajal maut di tangan tuhan? haa.. ni lah antara buktinya..kalu ikut dari segi umur atau adat sepatutnya yang tua la kawin dulu kan..?tapi itu semua peraturan je...ini semua keja tuhan Dia yang menentukan semuanya..

ada orang yang bersedih bagai sebab kena langgar bendul tapi aku gan nana(adik kedua aku merangkap kakak atas safura) tak kisah pun..orang lain punyalah gelabah tak tentu pasal sbb safura langkah bendul sampai dua bendul..hehhe..ala makcik2 kampung biasalah ..depa ni masih berfikiran tertutup..tak macm mak dan aku ni...aku kan hidup dalam zaman yang orang dah tak kisah benda2 ni semua...




tapi aku bangga gan adik aku ni...dapat suami yang sangat bagus..ye lah mesti lah dia pandai pilih teman hidup ni..bukan nak hidup sehari dua gan suami dia ni...insyallah sepanjang hayat..
alhamdullilah adik ipar aku ni sangat stabil dalam kehidupan..seorang businessman yang dah ada dua kereta: naza citra gan kia spectra, sebuah rumah dan beberapa pekerja...keluara aku bukanlah tengok harta yang berbukit bukau untuk dijadikan menantu tapi biarlah ada jaminan untuk menjaga anak orang ni...

satu lagi yang aku suka sebab kahwin muda ni ada banyak kebaikanna juga..elak maksiat dah tentu.dan aku tengok adik aku ni dah jadi seorang yang sangat matang dalam menguruskan kehidupan dia gan suami..lagi2 bila dah ada orang anak...

tada...inilah orang baru dalam keluarga aku...selamat datang ke dunia wahai anak sedaraku..mohd. saifuddin al-hafiz...ala cayang dia..


inilah keluarga adik aku..semoga bahagia bersama hingga ke akhir hayat

abi gelaran untuk adik ipar aku ni..dan umi untuk safura..


bagi mama aku yang dah bertukar title menjadi opah..tersangat-sangat la gembira mendapat cucu ni..yela bagi mama aku ni cucu sulung dia...bagi abah pulak..cucu yang keenam..


aku pulak mendapat title mama long..heheh comel kan..dah boring la asyik panggil mak long, mak chor dan yang seangkatan denganya...nak tukar sikit la..nanti bila aku dah ada suami beliau akan digelar sebagai papa long hahaha bukan papa rock ye...begitu juga la gan adik2 aku yang lain..nana jadi mama ngah, ayi jadi papa cik dan cepol jadi papa su..

0 comments: