CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 15, 2009

api dalam diri....


assalamualaikum dan salam ceria, bertemu kembali bersma saya...fuh mcm pengacara selamat pagi malaysia plak hehe..hmm melihat kepada tajuk ni nampak mcm panas je story yg bakal disampaikan..mcm ada persaan marah berbaur geram je..hmm..bukan ye adik2

sebenarnya ini adalah kisah mengenai aku yang sangt suka dengan motivasi...aku sangat suka diberi motivasi dan dimotivasikan oleh sesiapa sahaja, sehinggalah api yang membakar semangat aku mengeluarkan bahang ke setiap tubuh ku ini... fulamak ayat gramatis tak tahan

api maksud aku disini ialah semangat dalam diri aku ni, yela api ni sifatnya panas dan bila seseorang ni dah panas dia akan bertindak untuk melakukan sesuatu untuk tak rasa panas analoginya seperti kepanasan dalam bilik sebab tak pasang kipas angin jadi, tindakannya bangun utk buka kipas angin..so disitu dah ada kejayaan...haaa macam tulah kiranya api dalam diriku ni..

aku bila telah dimotivasikan akan berubah perangai menjadi seorang yang sgt berlainan lah dari yang sebelumnya..kalu hari -hari dapat motivasi lagi bagus..makin bertambah baik la diriku ini..
(bukan puji diri tapi diri ni serba kekurangn)

satu masa dahulu semasa aku ditingkatan 3, bermulanya kisah motivasi aku ...cikgu ERT (ekonomi rumah tangga) aku selalu bagi kata-kata perangsang yang sangat memberi semangat kepada aku ni..ala sebenarnya dia berleter macam seorang mak di rumah je,tapi entah kenapa apa yang dia cakap tu sangat2 menusuk kalbu aku sampai semput aku dibuatnya...(tahan nangis)...sbb dia memberi leterennya tu kerana aku dan budak2 kelas aku tu sgt2 la tak sedar diri utk belajar dgn bersungguh2 sedangkan exam tgal bbrapa bulan je lagi...lepas dari leteren yang membakar semangat aku tu..semangat study aku dtg bagai nak termuntah sbb wat latih tubi tak berenti..untuk semua subjek la..dan akhirnya keputusan PMR aku boooommmm cemerlang beb..serius aku sangat berterima kasih kepada cikgu aku tu..cikgu Rosnah tq.tuhan je boleh balas..

sebab tu lah aku suka di motivasi....api itu akan memberi sesuatu kesan..
masa aku form 6 plak seorang ustaz kat sekolah aku suka wat kelas agama khas untuk form 6 tp sebenarnya kelas ni aku rasa adalah kelas motivasi gak..banyak api dibakar disini ye..

ustaz aku ckp..semakin tinggi belaja semakin jauh dari pengajian yang memberi makanan kepada hati dan rohani ... sbb masa tu budak form 6 mana ader subjek agama dalam kelas lain la budak sekolah agama jadi bila ader kelas ni membentuk la sikit perangai tu..aku setuju sangat2 gan ustaz aku ni..syukran ya ustaz

dia pernah cakap jika kamu semua ader rejeki masuk universtiti..jgn lupa cari tempat2 yang boleh memberi makanan kepada hati dan menyalakan api semangat dalam diri... sbb bila dah kat u tak der saper yg nak amik kisah pasal diri kita ni,nak bagi nasihat ka nak bagi kata - kata perangsang ka, apa jelah yang seangkata dgnnya tak dak makna lah..melainkan diri sendiri yang pegi car la..

sekarang aku dah kat UKM memang betul cakap ustaz aku ni.. diri sndri dah rasa...jadi aku mencari motivasi dari buku-buku motivasi yang bagus2 dan cari kat internet..sbb nak cari kat UKM ni aku pulak yang busy memanjang...hehe

motivasi, semangat, kata-kata perangsang, nasihat atau apa saja yang dipanggil api pembakar semangat diri amt diperlukan oleh aku..dan mungkin juga korang semua..sebab kehidupan ni taklah selalu ceria dan indah saja kadang2 mak down jugek..hehe..

0 comments: