CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

aku, mereka dan linguistik(hari bertolak)

assalamualaikum...ha ni nak cerita skit pasai aku punya kerja masa cuti raya cina hari tu...

aku telah ditugaskan untuk membuat kerja lapangan di Kedah bagi membuat kajian mengenai dialek negeri Kedah...so aku dan sahabat linguistik aku pun pergi la kesana...disebabkan hanya aku je yang mempunyai keturunan darah Kedah yang mengalir pekat dalam badan aku ni...secara otomatiknya aku dinobatkan sebagai ketua kumpulan..huh ketua tu beb...(ekeleh macam orang len tak penah jadi ketua :P)..segala urusan kesana termasuklah tempat tinggal, transport, makan minum dan segalanya..aku tolong carikan...so dipendekan cerita aku telah berjaya mendapatkan transport untuk ke Kedah menggunakan keretapi ye adik2 yang berharga rm20 untuk kelas biasa...bagi perjalanan yang mengambil masa selama 11 jam ye..apa? 11 jam...mana taknyer dapat keretapi time tu tiket habis disebabkan semua nak balik raya cina...yang bukan cina pun ramai yang nak balik...tapi itu semua bukan alasan untuk aku dan kawan2 tak nak pg Kedah...malah kami semua sangat enjoy dan menikmati pengalaman yang susuah nak dapat ni...hubungan kami pun dapat dieratkan.


kami bertolak pada hari khamis (22.1.09) 8.30 malam di KL Sentral...dan sampai di Gurun, Kedah pukul 7.00 pagi(23.1.09)..aku di kedah selama 4 hari 3 malam...

sekarang mari dengar cerita bergambar...






seminggu sebelum pergi Kedah..tengah membuat perbincangan mengenai pasai tiket transport...




petang khamis..lepas habis kelas stilistik..


ni tengah tunggu komuter nak pg kl sentral...dalam pukul 5.30 petang..kami bawak beg punyalah ...kalah orang cina yang nak balik raya..hehehe




ha,,ni dah dalam keretapi..kami orang pertama naik kat koc ni..mcm jakun sangat..bising hanya kami sja yang tau..nasib baik orang tak naik lagi kalu tak...



ok bersambung lagi dalam aku, mereka dan linguistik part 2

Wednesday, January 28, 2009


assalamualaikum...hola..lama aku tak tgok blog ni hehe..

banyak kerja kena buat...

1) kena pergi kerja lapangan kat kedah

2) tesis yang melambak dan kena siapkan juga untuk grad kalau tak.....

3) asingment lagi
4)paling sedih..beg duit hilang huaa...huaaa

ni la kerja bagi orang yang bernama pelajar ye adik-adik

kali ni aku tak nak citer lagi perkara yang aku dah senaraikan diatas.sekadar nak menyinggah jap je kat blog aku ni..

insyallah dalam masa terdekat aku postkan citer terbaru..

adios

Wednesday, January 21, 2009

oh keluargaku.....

lagi cerita pasai keluargaku ni..jangan boring plak..hehe aku nak introduce keluarga aku kat kawan-kawan semua je..tak de udang disebalik batu pun hehe

dalam je t'aime ma famile, aku tak citer yang keluarga aku dah mengembangkan sayap pembesaran keluarga dengan kemasukan ahli baru: satu adik ipar aku dan kemudian anak sedara aku..mcm ni ceritanya



memperkenalkan adikku safura yang telah mimilih mohiuddin sebagai teman hidupnya..berapa umur si safura ni?ye la aku baru 23 tahun so maksudnya dia lebih muda la dari aku..dia adik perempuan yang bongsu iaitu anak ketiga(tak ikut kiraan dalam keluarga tiri ye)..
nape dia kawen awal? penah dengar jodoh pertemua, ajal maut di tangan tuhan? haa.. ni lah antara buktinya..kalu ikut dari segi umur atau adat sepatutnya yang tua la kawin dulu kan..?tapi itu semua peraturan je...ini semua keja tuhan Dia yang menentukan semuanya..

ada orang yang bersedih bagai sebab kena langgar bendul tapi aku gan nana(adik kedua aku merangkap kakak atas safura) tak kisah pun..orang lain punyalah gelabah tak tentu pasal sbb safura langkah bendul sampai dua bendul..hehhe..ala makcik2 kampung biasalah ..depa ni masih berfikiran tertutup..tak macm mak dan aku ni...aku kan hidup dalam zaman yang orang dah tak kisah benda2 ni semua...




tapi aku bangga gan adik aku ni...dapat suami yang sangat bagus..ye lah mesti lah dia pandai pilih teman hidup ni..bukan nak hidup sehari dua gan suami dia ni...insyallah sepanjang hayat..
alhamdullilah adik ipar aku ni sangat stabil dalam kehidupan..seorang businessman yang dah ada dua kereta: naza citra gan kia spectra, sebuah rumah dan beberapa pekerja...keluara aku bukanlah tengok harta yang berbukit bukau untuk dijadikan menantu tapi biarlah ada jaminan untuk menjaga anak orang ni...

satu lagi yang aku suka sebab kahwin muda ni ada banyak kebaikanna juga..elak maksiat dah tentu.dan aku tengok adik aku ni dah jadi seorang yang sangat matang dalam menguruskan kehidupan dia gan suami..lagi2 bila dah ada orang anak...

tada...inilah orang baru dalam keluarga aku...selamat datang ke dunia wahai anak sedaraku..mohd. saifuddin al-hafiz...ala cayang dia..


inilah keluarga adik aku..semoga bahagia bersama hingga ke akhir hayat

abi gelaran untuk adik ipar aku ni..dan umi untuk safura..


bagi mama aku yang dah bertukar title menjadi opah..tersangat-sangat la gembira mendapat cucu ni..yela bagi mama aku ni cucu sulung dia...bagi abah pulak..cucu yang keenam..


aku pulak mendapat title mama long..heheh comel kan..dah boring la asyik panggil mak long, mak chor dan yang seangkatan denganya...nak tukar sikit la..nanti bila aku dah ada suami beliau akan digelar sebagai papa long hahaha bukan papa rock ye...begitu juga la gan adik2 aku yang lain..nana jadi mama ngah, ayi jadi papa cik dan cepol jadi papa su..

Tuesday, January 20, 2009

je t'aime ma famile

aku punya keluarga yang besar hehe...ala standard keluarga rakyat Malaysia je..

tapi aku ada cerita yang penah berlaku dalam keluarga aku shingga aku jadi keluarga yang besar ni..panjang ceritanya..dipendekkan ceritanya aku ada 7 adik beradik(2 tiri), ada ayah, ada abah dan ada mama..tak kisah la macamana keluarga ini berkembang..yang penting aku sayang keluarga aku..kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh hubungi saya di talian 014 tekan tekan tak dapat hehe...





tengok gambar yang kat tengah tu..tu la aku dan adik beradikku yang seibu dan sebapa..5 orang asalnya..aku yang sulung




ha ni lah keluarga aku..huhu..tp gambar abg im and family tak de plak..


abg im adalah abg tiriku yang mempunyai isteri bernama kak nina n 5 orang ank yang sgt2 la comel dan ceria mcm tom tom bak hehhe..so bila abg im dah masuk family aku dialah anak sulung, pas tu kak wa dan aku jatuh la ketempat ketiga je...tapi aku tak kesah pun






kalu nak tau kak wa yang pakai baju bitu tu..mcm biasa gambar abg im gan family masih tak dapat disnap ishk2..





masa raya yang lepas..kali ni adik aku safura pulak tak dek..belum sampai lagi huhu








aku suka gambar ni..ni lah dua orang hero bola sepak untuk pasukan kampung je heheh..adik aku yang dua orang ni sangat fanatik dengan sukan bola dan semua sukan yang seangkatan denganya..aku layan je diorang ni..amik gambar ala2 pengurus pasukan ye..haa













































Thursday, January 15, 2009

api dalam diri....


assalamualaikum dan salam ceria, bertemu kembali bersma saya...fuh mcm pengacara selamat pagi malaysia plak hehe..hmm melihat kepada tajuk ni nampak mcm panas je story yg bakal disampaikan..mcm ada persaan marah berbaur geram je..hmm..bukan ye adik2

sebenarnya ini adalah kisah mengenai aku yang sangt suka dengan motivasi...aku sangat suka diberi motivasi dan dimotivasikan oleh sesiapa sahaja, sehinggalah api yang membakar semangat aku mengeluarkan bahang ke setiap tubuh ku ini... fulamak ayat gramatis tak tahan

api maksud aku disini ialah semangat dalam diri aku ni, yela api ni sifatnya panas dan bila seseorang ni dah panas dia akan bertindak untuk melakukan sesuatu untuk tak rasa panas analoginya seperti kepanasan dalam bilik sebab tak pasang kipas angin jadi, tindakannya bangun utk buka kipas angin..so disitu dah ada kejayaan...haaa macam tulah kiranya api dalam diriku ni..

aku bila telah dimotivasikan akan berubah perangai menjadi seorang yang sgt berlainan lah dari yang sebelumnya..kalu hari -hari dapat motivasi lagi bagus..makin bertambah baik la diriku ini..
(bukan puji diri tapi diri ni serba kekurangn)

satu masa dahulu semasa aku ditingkatan 3, bermulanya kisah motivasi aku ...cikgu ERT (ekonomi rumah tangga) aku selalu bagi kata-kata perangsang yang sangat memberi semangat kepada aku ni..ala sebenarnya dia berleter macam seorang mak di rumah je,tapi entah kenapa apa yang dia cakap tu sangat2 menusuk kalbu aku sampai semput aku dibuatnya...(tahan nangis)...sbb dia memberi leterennya tu kerana aku dan budak2 kelas aku tu sgt2 la tak sedar diri utk belajar dgn bersungguh2 sedangkan exam tgal bbrapa bulan je lagi...lepas dari leteren yang membakar semangat aku tu..semangat study aku dtg bagai nak termuntah sbb wat latih tubi tak berenti..untuk semua subjek la..dan akhirnya keputusan PMR aku boooommmm cemerlang beb..serius aku sangat berterima kasih kepada cikgu aku tu..cikgu Rosnah tq.tuhan je boleh balas..

sebab tu lah aku suka di motivasi....api itu akan memberi sesuatu kesan..
masa aku form 6 plak seorang ustaz kat sekolah aku suka wat kelas agama khas untuk form 6 tp sebenarnya kelas ni aku rasa adalah kelas motivasi gak..banyak api dibakar disini ye..

ustaz aku ckp..semakin tinggi belaja semakin jauh dari pengajian yang memberi makanan kepada hati dan rohani ... sbb masa tu budak form 6 mana ader subjek agama dalam kelas lain la budak sekolah agama jadi bila ader kelas ni membentuk la sikit perangai tu..aku setuju sangat2 gan ustaz aku ni..syukran ya ustaz

dia pernah cakap jika kamu semua ader rejeki masuk universtiti..jgn lupa cari tempat2 yang boleh memberi makanan kepada hati dan menyalakan api semangat dalam diri... sbb bila dah kat u tak der saper yg nak amik kisah pasal diri kita ni,nak bagi nasihat ka nak bagi kata - kata perangsang ka, apa jelah yang seangkata dgnnya tak dak makna lah..melainkan diri sendiri yang pegi car la..

sekarang aku dah kat UKM memang betul cakap ustaz aku ni.. diri sndri dah rasa...jadi aku mencari motivasi dari buku-buku motivasi yang bagus2 dan cari kat internet..sbb nak cari kat UKM ni aku pulak yang busy memanjang...hehe

motivasi, semangat, kata-kata perangsang, nasihat atau apa saja yang dipanggil api pembakar semangat diri amt diperlukan oleh aku..dan mungkin juga korang semua..sebab kehidupan ni taklah selalu ceria dan indah saja kadang2 mak down jugek..hehe..

gambar hasil kameraku..

dah lama aku nak beli kamera...baru - baru ni je baru dapat..itu pun jenuh mengikat tali pinggang di perut untuk mendapatkannya..bagi aku kamera merupakan alat yang memang dapat menyimpan setiap momen-momen kehidupan yang telah berlalu..ceh bermadah bagai..sama gak la mcm perakam video tu.

tapi bagi aku yang tak berapa nak ader duit disebabkan masih belajar so kamera digital dah kira sesuwai gan akak! kamera ape?biasa je tak mahal sgt tak la cap ayam sangat..kira ok la!samsung s760 je..warna pink biasa la my luvely kaler..huhu aku bu nama dia sweety..

bestie ckp kamera aku ni kira bagusla untuk amik gambar wat kenangan tapi kalu nak masuk pertndingan fotografi peringkat antarabangsa maybe masa amik borang pun tak dapat hehe..

jadi..aku tengok gambar yang diambil agak cantik juga la..untuk tontonan semua terimalah gambar disekitar UKM(baca ala2 mc ye), universitiku huhu~~~ sayang UKM..

cantik pokok kipas ni..(betul ke pokok kipas???)



ni hasil keja bestie


huhu..


ni kat pusat bahasa dan linguistik ye adik-adik



hau..hau ppbl bukan pbb ye
p/s:ppbl ialah pusat pengajian dan linguistik




akhirnya....

hola...(eh teringat kels spanyol plak) n asslamualaikum..pe yang akhirnya tue?itu adalah mengenai blog aku nihh..ye la dah lama bestie aku suh wat blog dan beliau teramat -amatlah beriya bebenor..tp aku tak amik posing sgt..


- satu sebab aku ni buta it(bkn taktau lgsung ict yer) tp mlas nak gna benda2 elektronik ni..


- kedua plak sbb internet tak der(baru2 ni je ader jaring tu pon testing jer)


- ketiga ermm.. tak der kot


tp dalam hati mmg ader keinginan nak wat..bila tgok aku bestie pnya blog aku rasa syok plak namun masih tdk ambik tindakan..


semuanya bermula apabila subjek major aku iaitu linguistik komputer memerlukan aku membuat website dan blog maka terciptalah blog aku niee.... tadaa..


masa pensyarah aku tanya sapa ader blog aku dgn bangganya angkt tgn membuktikan aku ada blog..pergh 3 org jer yg ader blog dalam kelas aku nii..maka kembang kempisla hidung aku nie...namoak mcm org it gitu hehhe..


tp tak bermakna kawan kelas aku buta it gak..cuma tak wat je lagi..depa lagi la maju kehadapan bab-bab it ni..


jadi..blog aku ni masih hijau muda lagi umurnya dan belum buncit lagi dengan isi kandungannya oleh itu marilah bersama -sama menanti ape citer aku nak bubuh nanti..adios



p/s: bestie adalah bestfren aku iaitu saudari oyen