salam semua...aku sangat teruja nak konvo ni..rasa macam nak kahwin hehehe...ye la dah berpenat lelah betungkus lumus selama 3 tahun belajar ni la masanya kita nak meraikanya..jadi bila ukm dah buka kaunter ambil jubah dengan tanpa membuang masa aku gan kawan2 pg ambil baju dan telah membuat pertemuan pada hari lepas raptai untuk bergambar huhuhu....ini la yang dikatakan penggambaran pra konvo..disebabkan hari rabu kelas start kul 2 so lama la aku gan kawn2 amik gambar..ramai jgak kwn2 yang dari kampung dah datng jadi meriah la jugak, rasa mcm hari konvo betul tinggal tak naik pentas je
ni la photoshoot hari tersebut..sangat berpeluh ye adik2
baling2 morta board@topi konvo..tapi ntah kenapa mulut aku asyik nak cakap helmet je...maybe selalu naik motor kot
untuk perhatian jika anda ambil gambar hanya dengan kawan satu kos anda memang warna kurang menyerlah sebab satu kaler saje..jd ajak2 la jubah warna lain join the club ok..petua ni
mcam biasa muka orang yang sama tepi2 aku ni...hehe..kawan2 lingustik
ni amik gambar gan kawan2 satu kolej zaba huhu semua teruja hehe...kali ni amik gambar kat air terjun dekat gan fpi tu...fuh canntikkk..(perasan sendri)
semoga konvo yang akan datang ni tak ada masalah yang terjadi..semoga diberkati oleh allah s.w.t.amin
Saturday, August 15, 2009
pra konvo yang panas ...
Posted by midat at 4:09 PM 0 comments
Labels: kawan-kawanku
musin konvokesyen menjelang
sekarang dah tiba musim semua orang nak berkonvo..dah penat menghabiskan 2 atau 3 atau 4 tahun pengajian hari konvokesyen memang sangat dinanti nantikan..
mggu lepas 11 ogos adik aku Nana konvo diploma dia kat mmu cyberjaya..maka satu femly diangkut untuk meraikan konvo nana ni...so nanti 18 ogos hari konvo aku plak..semua diwajibkan datang tau hehehe
mama, abah , adik n femly , saiful gan luffy pak we nana
Posted by midat at 3:50 PM 0 comments
Labels: keluargaku
penyelidikan bahasa mendriq
wah lamanya tak masuk blog aku ni..rindu rasanya..sori blog sangat sibuk kebelakangan ni...untuk kerla master yang pertama ni kena pg kerja lapangan di kampg kuala lah gua musang kelantan mengkaji bahasa orang asli iaitu bahasa mendriq. kajian ini merupakan kajian yang pertama mengenai suku orang asli ini. berbandign dengan orang asli yang berketurnan temiah atau semai sudah banyk kajian yang dilakukan. sebarang maklumat mengenai kaum menndriq ini jugasusah nak dapat atau dari sumber maklumat utama.
untuk pengetahuan sebenarnya orang mendriq ini merupakan keturunan negrito yang dari kumpulan astroasia..dan rupa mereka seperti keturunan orang kulit hitam (negro) sebab ciri- ciri utama ang ada pada negro mempunyai banyak persamaan dengan mereka, rambut kerinting, berkulit gelap, dll.
ini adalah antara wajah2 anak2 keturunan mendriq ni..mereka juga mendapatkan pendidikan dari sekolah yang dibina dihadapan kwasan kampung mereka. kemudahan seperti ini adalah untuk meningkatkan traf hidup peribumi ini. mereka juga lebih gembira jika digelar peribumi berbanding orang asli...ada rupa orang negro kan?istimewa mereka ni adalah boleh berbahasa melayu standard dengan fasih.
jadi kajian lingustik mengenai bahasa mendriq ini adalah kerana bahasa ini mengalami kepupusan..ini kerana pengaruh bahasa melayu dan tidak menggunakan bahasa natif sebagai pertuturan seharian menjadi faktor kepupusan bahasa. jadi tugas sebagai pelajar linguistik adalah untuk mengkaji bahasa ini berdasarkan data yang didapati dari kerja lapangan.
sememangnya pengalaman menjalankan kajian di kawasan perkampungan orang asli memberi kesedaran dan keinsafan mengenai kesusahan hidup. kehidupan mereka yang berorientasikan memenuhi keperluan hidup lebih diutamakan berbanding keselesaan. jika dibandingkan dengan kehidupan kita yang lebih jauh selesa amat2lah bersyukur ye anak2...sepanjang buat kerja kat sana merasalah diri aku ni dengan cara hidup mereka.
antara kawan2 linguistik yang sama sama pergi menjalankan kajian. ok sekarang dah daoat data banyak kerja pulan nak dilakukan kena dengar balik rakaman yang dijalankan, kena tranksripsikan ke simbol fonetik dan kena wat esei panjang huhu banyak kerja..
jalan tar macam padang permainan bagi anak2 orang asli ni..huhu siap ada yang berbaring gan buat aksi superman atas tar ni huhu
ni salah satu rumah orang asli mendriq ni...perasan tak ada astro?tu yang hebat pasai orang asli ni..mereka suka akan hiburan..rumah biasa jer tapi yang penting mesti ada tv , radio atau cd player.prof. aku bgtau merke ibarat masyarakat melayu tahun 60 an yang kurang didikan agama tapi suka dengan hiburan..sekarang pun macam tu kan ?
mereka ni pun islam atas nama saja...anjing dibela mcam kucing so rasanya pada yang bertanggungjawab atas perkara ni jangan lah tinggalkan mereka tanpa bimbingan yang seterusnya..kesian tau..dan rugi..ini hanya pandangan saya saja...
jadi ini sedikit cerita dari kajian aku kat sana..kalau nak tahu lebih lanjut kena tunggu aku habis wat kerja ni..huhu
Posted by midat at 2:57 PM 0 comments
Labels: linguistik dan DBP