CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 15, 2009

musin konvokesyen menjelang

sekarang dah tiba musim semua orang nak berkonvo..dah penat menghabiskan 2 atau 3 atau 4 tahun pengajian hari konvokesyen memang sangat dinanti nantikan..
mggu lepas 11 ogos adik aku Nana konvo diploma dia kat mmu cyberjaya..maka satu femly diangkut untuk meraikan konvo nana ni...so nanti 18 ogos hari konvo aku plak..semua diwajibkan datang tau hehehe




mama, abah , adik n femly , saiful gan luffy pak we nana






penyelidikan bahasa mendriq


wah lamanya tak masuk blog aku ni..rindu rasanya..sori blog sangat sibuk kebelakangan ni...untuk kerla master yang pertama ni kena pg kerja lapangan di kampg kuala lah gua musang kelantan mengkaji bahasa orang asli iaitu bahasa mendriq. kajian ini merupakan kajian yang pertama mengenai suku orang asli ini. berbandign dengan orang asli yang berketurnan temiah atau semai sudah banyk kajian yang dilakukan. sebarang maklumat mengenai kaum menndriq ini jugasusah nak dapat atau dari sumber maklumat utama.
untuk pengetahuan sebenarnya orang mendriq ini merupakan keturunan negrito yang dari kumpulan astroasia..dan rupa mereka seperti keturunan orang kulit hitam (negro) sebab ciri- ciri utama ang ada pada negro mempunyai banyak persamaan dengan mereka, rambut kerinting, berkulit gelap, dll.



ini adalah antara wajah2 anak2 keturunan mendriq ni..mereka juga mendapatkan pendidikan dari sekolah yang dibina dihadapan kwasan kampung mereka. kemudahan seperti ini adalah untuk meningkatkan traf hidup peribumi ini. mereka juga lebih gembira jika digelar peribumi berbanding orang asli...ada rupa orang negro kan?istimewa mereka ni adalah boleh berbahasa melayu standard dengan fasih.
jadi kajian lingustik mengenai bahasa mendriq ini adalah kerana bahasa ini mengalami kepupusan..ini kerana pengaruh bahasa melayu dan tidak menggunakan bahasa natif sebagai pertuturan seharian menjadi faktor kepupusan bahasa. jadi tugas sebagai pelajar linguistik adalah untuk mengkaji bahasa ini berdasarkan data yang didapati dari kerja lapangan.
sememangnya pengalaman menjalankan kajian di kawasan perkampungan orang asli memberi kesedaran dan keinsafan mengenai kesusahan hidup. kehidupan mereka yang berorientasikan memenuhi keperluan hidup lebih diutamakan berbanding keselesaan. jika dibandingkan dengan kehidupan kita yang lebih jauh selesa amat2lah bersyukur ye anak2...sepanjang buat kerja kat sana merasalah diri aku ni dengan cara hidup mereka.

antara kawan2 linguistik yang sama sama pergi menjalankan kajian. ok sekarang dah daoat data banyak kerja pulan nak dilakukan kena dengar balik rakaman yang dijalankan, kena tranksripsikan ke simbol fonetik dan kena wat esei panjang huhu banyak kerja..

jalan tar macam padang permainan bagi anak2 orang asli ni..huhu siap ada yang berbaring gan buat aksi superman atas tar ni huhu


ni salah satu rumah orang asli mendriq ni...perasan tak ada astro?tu yang hebat pasai orang asli ni..mereka suka akan hiburan..rumah biasa jer tapi yang penting mesti ada tv , radio atau cd player.prof. aku bgtau merke ibarat masyarakat melayu tahun 60 an yang kurang didikan agama tapi suka dengan hiburan..sekarang pun macam tu kan ?

mereka ni pun islam atas nama saja...anjing dibela mcam kucing so rasanya pada yang bertanggungjawab atas perkara ni jangan lah tinggalkan mereka tanpa bimbingan yang seterusnya..kesian tau..dan rugi..ini hanya pandangan saya saja...

jadi ini sedikit cerita dari kajian aku kat sana..kalau nak tahu lebih lanjut kena tunggu aku habis wat kerja ni..huhu

Thursday, July 9, 2009

kena banyak baca buku!!!

ya allah... malasnya diriku nak menulis kat blog ni..tapi teringin nak memuatkan cerita baru kat blig ni..dari semalam update tak update2 sampai sekarang...kelas master dah mula..sebenarnya bukannya bermakna kita ni pandai sebab dah boleh sambung master tetapi lagi la menunjukkan betapa ceteknya ilmu yang aku ada...bukannya dengan melangkah ke satu tahap dalam pengajian menunjukkan diriku ni boleh bermegah dengan ilmuNya..ini semua adalah ilmuNya yang diriku ni hanya baru mencedok sedikit...huhu..semakin meningkat ke tahap yang tinggi semakin banyak bahan bacaan yang diperlukan untuk memperkuatkan ilmu didada sesuai dengan tahap yang aku tagh lalui ni..huhu kenapa entri kali ni mcam berfalsafah pulak???tengah ikut mood ni..
dalam 2 - 3 hari ni dah habis 2 buku yang sgt memberi kesan kat aku huhu..yang pertama ialah Catatan Hati Nik Nur Madihah" pelajar miskin yang mendapat kputusan 20A dlm spm...bukan sebab banyak A yang dia dapat buat aku menjadi sgt terkesan dari bacann buku tu tapi kehidupan seharian si gadis ni...sgt disyorkan dibaca oleh smua orang dalam peringkt umur pun kalu nak dapt kejayaan yg bukan shj di dunia malah diakhirat...tq nik...kemudian buku perjuangan islam yang aku jumpa dalam bilik anak sedara sepupu aku ...Tariq bin ziyad..menang atau syahid...best sebab tulisan dari abdul latip talib..mengisahkan sejarah islam yang berkembang ke andalusia(sepanyol) yang diketua oleh Tariq bin Ziyad ni...sgt memberi semangat dalam membentuk diri...
rupa-rupanya penulis buku Tariq ini juga menjadi penulis kegemaran oleh pelajar cemrlang spm 08 jugak..tgok jenis buku yang dibaca dah bleh agak cara Nik Nur Madihah punya pemikiran.
kalu berminat bleh cari buku ni kat kedai buku keluaran PTS..buku yang bagus untuk memotivasikan diri..alhamdullilah

Tuesday, June 30, 2009

ukm aku datang!!!!

hoho diriku dah balik ukm..untu meneruskan perjuangan menyambung master..huhu master la sangat, insyallah semoga berjaya amin.dah habis 2bulan setengah aku bercuti kat rumah,ni la cuti aku yang paling panjang semenjak aku belajar kat ukm ni..ye la masa 1st dengan 2nd year dok sibuk aktiviti kolej..sampai nak balik rumah pun dah tak sempat.sampai kena perli dengan mak huhu..so kira aku ganti balik la cuti - cuti yang lepas tu..hehe..

sebelum balik umah..aku dengan mantan belantan jaksa buat majlis perpisahan..cewah macam sedih plak..kami pg la bergumbira kat alamanda..main bowling..huhu

yeah..inilah kami semua..(buat gambar jadi kecik biar semua orang nampak kurus hehe)








esok paginya aku pun berangkat la balik kampung kat bagan datoh..naik bas kat pudu..dok kat umah banyak gak la aktiviti aku buat..bercampur gaul gan org kampung...
mula-mula aktiviti utk mama tersayang..hari ibu..aku masak best2 buat spageti jawa huhu..

selamat hari ibu kepada mamaku yang tersayang...tak dapat balas segala kasih sayangnya...sanggup aku ganti dengan nyawaku untuk mama..(huhu syahdu plak)
lagi masa kat kampung..ada aktiviti anjuran kemas..adala pertandingan macam2..antaranya pertandingn puding..apalagi mak aku pun beriya ajak aku masuk...best gak..sebab dapat tempat pertama..huhu tak sangka.memang sedap pun puding mak aku buat ni..hehe ditambah gan hiasan aku yang menarik perghhh...tak tahan pengadil tgok...

banyak gak la benda best2 aku buat kat rumah...layan tv memang dah sure..astro je memanjang tgok cerita best2 kat chanel 701, 702, 703, gan 707..memang layang beb huhu...apa2 pun yang best kat umah dapat dok gan mama abah gan adik2 aku tu...































kronologi cerita...

Wednesday, May 13, 2009

get out from here!!!

huhu...bukan aku suruh korang yang baca ni keluar ari blog aku ni..tapi ni rasa aku bila dah habis belajar kat ukm..rasa mcam tu je aku dengar suara halus si UKM ni..heheh hanya aku je yang dengar ...kata-kata ni macam AJ yang cakap wua wua..

dah selamat aku 3 yahun kat UKM...pas ni konvo bulan lapan sekarang tengah menghabiskan boras kat umah la pulak huhu..insyallah ada rezeki aku sambung master maybe masuk bulan 7 ni...


rindu kat semua kawan2, ukm dan bau ukm, entah lah..bila dah balik kampung ni..rasa macam suka plak gan kebisingan dan kesesakan kat ukm bangi tu..masa kat ukm rindu kat kampung..ala biasa la tu kan..

kepada kawan2 aku yang nak gambar kita masa hari-hari terakhir tu..nanti aku upload k...misss u all

Thursday, May 7, 2009

ceria - ceria di pusat bahasa dan linguistik ukm

lepas exam stilistik semua bergumbira di PPBL padahal masing sedey nak berpisah huhu...malas la nak citer tgok gamba la pulak..bukan ader org baca pun hehe










seronok tengok gelagat kawan2 ni...ye betul tu cik yan...dah balik sarawak pun ko..huhu miss u all...

oh tesis linguistikku...

alhamdullilah syukur nikmat...malaysia maju rakyat selamat..lagu nasyid dulu2 huhu..sebenarnya bersyukur sebab semua hal prose penjilidan tesis dah selesai dan dah boleh diserahkan kat pusat bahasa..memang terharu la...


ni la kedai yang aku wat jilid tu..ok ye ..kepapelajar ukm dan juga yang berhampiran dengan kedai ni..silalah datang ke kedai ni..perkhidmatannye yang bagus dan kualiti kertas serta print warna dangat bagus..(bukan dapat duit pun promote ni..huhu) kalau kita fotostat tesis harganya 10 sen..setimpal gan kualiti kertas..tebal dan bila potostat nampak macam print je..sangat best..


satu buku jilid harga rm12..kalau nak mahal lagi banyak je lagi kedai lain huhu...


oh tesis-tesisku...


kawan - kawan satu seliaan ku yang turut berjaya menyiapkan tesis mereka...tahniah2
cik delia..


cik atikah..dengan tesisnya..huhu


dah siap semuanya selepas di'sign' oleh penyelia..maka hantarlah ke pejabat pusat bahasa dan linguistik..hantar kat En.Zul..orang yang bertanggungjawab couse aku ni..huhu tenkiu2 cik zul..jasamu selalu dikenang..hehe


nasihat berguna dari cik zul.huhu terharu


ops..lupa nak bagitau tesis aku buat kajian pasai 'Perbandingan Kesantunan Berbahasa dalam Media Elektronik:suatu kajian sosio-pragmatik' uhu panjangnya...aku kaji kesantunan bahasa dalam radio Era gan Klasik nasional ..jadi kalau nak tau lebih lanjut kajian ini..hubungi saya ye huhu