CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 2, 2009

huhu piza malaysia..

hari jumaat lepas balik kampung sebab merdeka cuti hari isnin jadi amik peluang nak berpuasa dengan keluarga..memang syok habis kalau balik rumah..hehe. masa kat kolej rasa teringin sangat nak makan kuih buah melaka jadi bercita - cita nak buat bila balik rumah..tetapi keinginan itu terhapus ye bila aku tengok chanel 501 yang wat discovery pasai cheese..akhirnya terliur la nak buat piza..kebetulan mama cakap dah lama tak buat..dengan seronoknya aku gan adik pg cari bahan.

bahan nak wat doh dah ada kat rumah tinggal nak beli mauripa je. bahan utama tentulah tepung gandum, mauripan/yis yang dibancuh air suam, telur, garam sikit gula sikit. mak ndak aku suruh letak susu pekat sikit nak bagi sedap. campur semua ni kemudian uli sampai sebati dan biarkan kat tempat panas sebab nanti tepung tu akan mengembang sebab ada yis. mestila tau kan..pernah belajar sains kan?

untuk bahan atas piza tu sebenarnya kita dah boleh pelbagaikan..tak semetinya ikut cara piza hut atau orang barat buat..buat piza ala-ala malaysia gitu..tapi kalu nak sedap memang kena guna daun2 khas yang orang barat guna tu.

bahan a

aku wat piza ayam gan daging, sebab mama tak makan daging dan dicincang/blend pun boleh
bawang merah, bawang putih di blender
lada benggala
cendawan butang
nenas
sayur campur
oregano dan basil (ni la daun2 yang mat salleh guna tu..daun dah kering banyak jual kat pasaraya boleh cari kat tempat kiub2 maggi tu..adal dekat2 tu..ni la yang biat bau harum macam kat piza hut tu)

bahan b
tomato puri dan sos cili
cheese (paling utama sebab dia la aku nak makan piza)

cara nak masak senang jer..tumis bawang putih dan merah sampai naik bau kemudian masukkan bahan a (jgn tak potong plak semua bahan a tu..kang susah nak makan),rasakan gan garam gula ikut sedap lidah.

dah siap masak amik doh tadi dalam segenggam letak kat dulang pembakar (gris dulu) kemudian letak sos dan tomato puri yang dicampur dan akhir sekali letak la semua bahan a yang dah masak tu..susun cheese banyak2(ikut suka) dan taburkan sedikit oregano dan basil tu..bakar dalam oven dalam 15 ke 20 minit dengan suhu 160 darjah celcius.

pas tu makan ngap ngap sedapppp



potong mcam kat piza hut hehe


nampak sedap kan??memang sedap pun huhu cubalah..kalau malas sangat beli jer hehe

0 comments: